Sulit
4 tahun
Penerimaan vaksinasi
Saya baru lepas bersalin secara czer 25 julai 2021…ade pnyakit darah tinggi.comsume ubt methlydopa 2 kali shri…nk tny blh kah saya menerima vaksin covid19 dlm masa terdekat…atau perlu menunggu hbis pantang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh terima suntikan vaksin covid mengikuti masa dan tarikh yang diberikan. Wanita mengandung dan ibu menyusu dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi, mereka diberi keutamaan untuk menerima vaksin dengan secepatnya.
Selain itu, kesan sampingan untuk vaksin adalah sama kepada kumpulan ini, gejalanya tidak akan bertambah buruk.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























