
Sulit
3 tahun
Pengaliran Darah Haid Hampir 3 Minggu
Saya wanita berumur 26 tahun dan bujang. BMI 23.5. Saya tidak mengalami kitaran haid bermula bulan 6,7 dan 8. Pada awal bulan 9 (3/9/2021), tompokan coklat keluar dalam 7 hari. 3 hari seterusnya tompokan coklat tiada. Kemudian 4 hari kemudian darah keluar dengan sedikit sehingga sekarang dari 14/9/2021-1/10/2021.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, haid terlewat untuk 3 bulan, dan kitaran haid selama 3 minggu kemudian boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Lapisan tisu rahim tebal
- Polip
- Fibroid
- Kesan pengambilan sesetengah ubat
- Masalah pendarahan
- Disfungsi ovari
- Ketidakseimbangan hormon
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani periksaan dan penyelidikan berkaitan. Dapatkan penjelasan doktor dan bincangkan rancangan rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.