
darjah360
5 tahun
Pengambilan Asid Folik pada waktu malam sebelum tidur. Adakah baik untuk kandungan atau sebaliknya
Hello Dr.
Saya telah mengambil asid folik selama 2 bulan dan baru-baru ini saya telah mengandung dengan kandungan hampir mmemasuki 7 minggu. Selama 2 bulan tersebut, saya telah mengambil asid folik pada waktu malam sebelum tidur.Adakah ia memberi kesan yang baik pada kandungan saya? Atau adakah waktu pagi adalah waktu yang sesuai untuk pengambilan asid folik?
Terima kasih Dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan asid folik boleh diambil sebelum ataupun semasa mengetahui status mengandung. Asid folik juga digunakan untuk masalah anemia (kurang sel darah merah) yang kerap dialami kebanyakkan wanita.
Berdasarkan bacaan ilmiah, supplemen ini baik dan boleh untuk diambil sama ada pagi atau sebelum tidur asalkan diambil pada waktu yang sama setiap hari.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.