Sulit
5 tahun
Pengambilan dosis antibiotik
Hi doc saya wanita berumur 28thn,saya ada mengambil antibiotik untuk bakteri vaginosis pada desember lalu,skrg sy dapati jangkitan itu datang kembali boleh kah saya ambik antibiotik lagi?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pelbagai pemeriksaan serta siasatan makmal perlu dilakukan untuk memastikan bahawa kepastian tentang organisma yang menjangkiti anda.
Sampel cecair pada bahagian alat sulit perlu untuk diambil dan diperiksa sebelum memulakan antibiotik. Pemeriksaan ini bukan sahaja untuk menentukan jenis organisma malah penting untuk menentukan kekuatan serta jenis antibiotik.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.





































