
nouramaher1713
5 tahun
Pengambilan Folic acid
Hi Doktor,
Saya wanita berumur 41 tahun. Mempunyai anak kembar yang berumur 4 tahun. Kini merancang untuk hamil semula. Soalan saya, untuk menambahkan keseburan boleh kah saya mengambil folic acid 10 mg setiap hari?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Dos pengambilan asid folik sebelum dan semasa mengandung yang dicadangkan doktor adalah 400microgram (400mcg) dan sekiranya mempunyai sejarah masalah ketika kehamilan, dos ditingkatkan kepada sekitar 5milligram (5mg). Dos 10mg adalah sedikit tinggi dari keperluan melainkan anda mengalami sakit lain yang memerlukan asid folik juga. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang dos asid folik yang bersesuaian, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan. Sekian.