
Sulit
4 tahun
Pengambilan makanan tambah untuk kesihatan kulit dan badan (Kitsui produk supplement)
Sy wanita dalam 20an dan saya merancang untuk mengambil makanan tambahan yang dijual di drugstore(watsons, guardian) iaitu supplement produk Kitsui untuk kesihatan kulit sy. Sy ingin bertanya, adakah makanan tambahan produk Kitsui tersebut bahaya atau tidak untuk kesihatan badan, organ dalaman, dan kulit?? Adakah produk tersebut tidak memberi kesan sampingan dan tidak membahayakan kesihatan kita??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, makanan tambahan tidak seperti ubat yang diberikan oleh hospital kerana mereka tidak melakukan kajian yang mendalam mengenai produk tersebut. Maka kita tidak tahu kesan makanan tambahan ini kepada anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sekiranya anda berniat untuk mengambil makanan tambahan tersebut, saya sarankan untuk anda berbincang dengan doktor kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.