
xii.mazrie
3 tahun
Pengambilan melatonin
Umur 19.Saya mengambil melatonin untuk tidur saya dalam 2 ke 3 hari tapi bila saya makan ubat yang ada melatonin tu saya terus rasa tekak kering dan doc nak tanya btul ke melatonin ni boleh buat kejang kejang yang teruk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan ubat ini adalah:
- sakit kepala
- pening
- kejang perut
- mengantuk di siang hari
- gangguan emosi
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih