
atunab13
4 tahun
Pengambilan multivitamin setiap hari
Hi Doktor.Sy wanita berusia 39 thn.bolehkah sy mengambil vitamin centrum multivitamin & multimineral?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan soalan anda, badan kita kadang-kadang memerlukan pengambilan supplemen disebabkan kekurangan pengambilan sesuatu nutrien dalam makanan kita seharian. Namun, pengambilan sebarang supplemen haruslah sesuai dengan indikasi bergantung kepada risiko kesihatan individu tersebut. Oleh itu, maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti anemia, sebaiknya anda elakkan.
Bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah yang paling mustahak. Zat-zat makanan / vitamin penting sebaiknya diperolehi oleh makanan itu sendiri seperti daripada buah-buahan kerana ianya bersifat semulajadi. Selain itu, langkah-langkah lain termasuk senaman yang rutin serta rehat/tidur yang cukup.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih