
Sulit
4 tahun
Pengambilan multivitamin
Salam sejahtera Doktor.Sy wanita berusia 39thn dan ingin mengambil suplement vit.Sy baru beli Centrum multivitamin & Mineral.adakah vitamin tersebut sesuai utk sy?
Terima kasih Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Untuk menjawab soalan anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat latar belakang perubatan anda sebelum mengatakan bahawa vitamin yang anda beli itu bersesuaian dengan anda.
Centrum merupakan vitamin yang diberi kepada individu yang mengalami masalah kekurangan vitamin. Ia diambil melalui jalan oral (mulut). Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, anda boleh menghubungi dan berbincang bersama doktor atau pegawai farmasi menegenai produk multivitamin tersebut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk mendapat ulasan lebih lanjut berkenaan vitamin tersebut di atas talian. Terima kasih.