
Sulit
2 tahun
Pengambilan pil perancang secara berterusan
Saya berumur 40thn, masih lagi makan pil yasmin selama 2 tahun. Ada juga kawan mengatakan bahawa makan pil perancang memberi risiko mendapat kanser, adakah macam tu? Saya tidak ada mslh kesihatan, adakah saya mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payu dara jika saya masih mengamalkan ubat perancang? untuk makluman doctor, tidak ada sejarah kanser daripada keluarga saya… Saya berasa risau jika masih berterusan mengambil pil yasmin setiap hari… Boleh kah doctor bantu saya?Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kaitan mengenai pengambilan pil perancang secara berterusan dan kanser masih di bawah kajian perubatan. Pil perancang dapat mencegah kanser ovari dan endometrium. Kesan sampingan lain seperti darah beku dan gangguan kitaran haid lebih kerap berlaku kepada pengguna pil perancang berbanding dengan risiko kanser.
Justeru itu, para wanita terutamanya yang berusia 21 tahun dan ke atas digalakkan menjalankan pemeriksaan fizikal atau kesihatan sekurang- kurangnya setahun sekali. Mencegah lebih bagus dari merawat. Selain itu, risiko kanser dapat dikurangkan melalui gaya hidup aktif dan pengambilan diet seimbang. Pengambilan minuman beralkohol dan tabiat merokok merupakan salah satu risiko tinggi untuk mendapatkan kanser.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.