
Sulit
5 tahun
Pengambilan Pil Perancang untuk Umrah
Saya akan menjalani ibadah umrah pada 18/11-28/11. Period saya setiap bulan adalah normal. Period yang lepas adalah selama 7 hari bermula 23/9-30/9. Seminggu selepas tamat period iaitu 6/10 saya mula makan pil perancang jasmine.
Soalan saya :-
- Jika saya berhenti makan pil selama 7 hari adakah period saya akan turun dan adakah aturan hari untuk period saya telah berubah untuk period seterusnya.
- Perlu atau tidak saya rehat pengambilan pil selama 7 hari atau teruskan makan tanpa ada hari rehat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebetulnya terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk melambatkan haid. Akan tetapi, merujuk kepada tarikh anda mulai mengambil yasmin, tarikh tersebut adalah agak mengelirukan. Adalah digalakkan agar pil perancang dimulakan pada hari pertama haid datang. Sekiranya anda mahu melambatkan haid, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat diberikan ubat dan panduan tentang cara mengambil pil tersebut dalam usaha melambatkan haid dengan benar.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.