
Sulit
4 tahun
Pengambilan pil postinor sebanyak 4 biji
hi doctor,sy wanita berusia 27 tahun baru sebulan melahirkan bayi pertama,saya ada mengambil pil perancang yasmin selama dua hari,kemudian saya telah bersama dgn suami saya,bimbang jika berlaku kehamilan saya telah mengambil pil postinor dlm masa 72 jam selepas melakukan hubungan intim ,kemudian kami sekali lagi telah melakukan hubungan intim sebelum saya mengambil dos postinor yg kedua iaitu 12 jam selepas dos pertama,di sini saya ingin bertanya adakah berkesan pil postinor yg diambil dan adakah saya perlu mengambil semula pil postinor tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, pil tersebut adalah pil perancang kecemasan dan ia mengandungi hormon progesteron yang sangat tinggi dan sangat tidak digalakkan untuk diambil secara berterusan disebabkan oleh kesan sampingannya seperti:
- Loya dan muntah
- Pening kepala
- Lemah badan
- Sakit payudara
- Haid terputus-putus atau haid berlebihan
- Sakit atau ketidakselesaan perut atau di bahagian ari-ari
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Untuk menjawab persoalan anda, anda tidak perlu mengambil pek kedua. Anda cuma perlu habiskan dos yang kedua. Keberkesanan pil perancang kecemasan untuk mencegah kehamilan adalah tinggi dan lebih baik sekiranya dilakukan dengan perlindungan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.