
Sulit
5 tahun
Pengambilan pill hormon
Saya remaja lelaki berumur 17…bolehkah jika saya mengambil pill hormon tanpa berjumpa dengan doctor?contoh pill hormon saya boleh dapatkan di farmasi tempatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Pil hormon adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan untuke meregulasi pesakit yang mempunyai masalah hormon yang tidak seimbang ataupun kurang. Justeru, tanpa mengetahui diagnosis penyakit anda, pengambilan pil hormon dikhuatiri akan menganggu keseimbangan hormon natural dalam tubuh anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.