
Sulit
4 tahun
Pengambilan Piroxicam 191.2mg dan Meloxicam 7.5mg seawal 3 minggu kehamilan
Salam Dr. Saya baru mengetahui saya telah hamil 4 minggu mengikut tarikh last period. Tetapi pada minggu yang lalu saya telah termakan ubat tahan sakit kerana mengalami kecederaan pada kaki semenjak sebelum hamil lagi. Dr telah menukar ubat tahan sakit saya jenis paracetamol kepada piroxicam dan meloxicam dan saya hanya ambil jika terlalu sakit. Saya telah membaca kesan pengambilan dua jenis ubatan ini kepada kandungan. Adakah masalah kecacatan pada kandungan boleh dielakkan dan apakah tindakan seterusnya yang perlu saya lakukan bagi mengurangkan risiko kepada kandungan saya. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Piroxicam dan Meloxicam adalah sejenis ubat tergolong dalam kumpulan NSAIDs (Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs) yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan. Secara amnya, ubat NSAIDs tidak sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung kerana mampu menyebabkan risiko kecacatan kepada janin. Sebagai contoh, Meloxicam mampu menyebabkan kerosakan kepada struktur jantung janin. Seeloknya, anda berhenti mengambil ubat-ubat ini terus dan berhubung dengan mana mana doktor berdekatan untuk mengambil ubat tahan sakit yang sesuai diambil oleh wanita mengandung.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.