Sulit
5 tahun
Pengambilan poistinor
Saya habis haid pada 8.2.2020 ambil injection depo 9.2.2020 untuk kali pertama. Selepas tue saya bersama suami ada risiko utk hamil x? Perlu x saya mengambil pil poistinor untuk tidak hamil.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan depo ini mengambil masa 1 minggu selapas diambil untuk berkesan. Oleh itu terdapat risiko untuk hamil jika seks tanpa perlindungan dilakukan dalam tempoh tersebut. Anda boleh mengambil poistinor dalam masa 72 jam selapas seks tanpa perlindungan untuk mengelakkan kehamilan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































