Anonymous
4 tahun
Pengambilan Postinor 2 sedang menyusu bayi
Saya nak tanye… 1st bersama pada hari selasa jam 3pagi… Sy ambil postinor 2 tablet pertama pd jam 9 mlm rabu… Tablet kedua 9 mlm khamis… Dan jam 4 pg kami bersama dan suami buang dalam… Perlukah sy ambil postinor 2 lagi? Atau postinor yg sy ambil pada rabu dan khamis akan bertindak balas sama?? apakah kesan kepada bayi saya yang masih menyusu selepas sy ambil postinor 2?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Informasi tentang pil perancang kecemasan boleh didapati di bawah.
- Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Pil perancang kecemasan tidak menjejaskan sama ada kuantiti atau kualiti susu yang dihasilkan oleh payudara anda. Sebaliknya, hormon dari pil boleh disalurkan melalui susu ibu, namun, anak anda mungkin tidak akan mengalami apa-apa kesan buruk daripadanya. Sebaiknya adalah tidak menyusukan sekurang-kurangnya 3 hari selepas menggunakan pil perancang kecemasan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih