
Sulit
3 tahun
Pengambilan suplemen sebelum vaksin
Saya ingin mengambil suplemen primrose oil+fish oil disebabkan masalah eczema & saya akan divaksin next month. Akan ada masalah ke dr? N boleh ke saya teruskan amek supplement after vaccine?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui adakah pengambilan suplemen ataupun makanan tambahan dibenarkan selepas suntikan vaksin COVID-19. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk makluman anda, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin. Hal ini kerana diet yang berkhasiat boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Manakala untuk pengambilan suplemen ataupun makanan tambahan perlulah mendapatkan nasihat dan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu. Suplemen hanya dibenarkan bergantung kepada kondisi kesihatan anda dan berdasarkan kepada keperluan sahaja. Anda perlu memaklumkan perkara ini kepada doktor yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin semasa proses pendaftaran.
Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat kesihatan anda bagi tujuan penilaian sebelum menentukan samada suplemen dibolehkan ataupun tidak selepas anda disuntik vaksin. Dibimbangi kandungan suplemen akan mengganggu keberkesanan vaksin didalam badan .
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini