
Sulit
4 tahun
Pengambilan supplements peninggi
Adakah supplements peninggi badan memberi kesan buruk kepada badan sepertu ubat tiens

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan individu akan mencapai tumbesaran yang statik setelah habisnya tempoh puberty tetapi ada yang dikecualikan. Tumbesaran individu bergantung kepada faktor gaya hidup dan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang, selain daripada faktor genetic. Untuk memastikan anda mencapai tumbesaran yang sihat, anda boleh:
- mengamalkan gaya hidup yang sihat
- mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
- menambahkan pengambilan vitamin D dan kalsium
- mengamalkan posisi badan yang betul
Tuntasnya, apa yang penting adalah mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang selanjutnya mengenai isu ini, kami sarankan anda untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi.
Berkenaan dengan ubat dan suplemen, ia bergantung kepada jenis suplemen yang anda ambil dan jika suplemen ini tidak diambil mengikut dos yang bersesuaian, ia boleh menyebabkan banyak kesan sampingan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih