
Sulit
3 tahun
Pengambilan ubat anxiety / mental
dr … sy student umur 22 tahun … sy ingin bertnya tntg , adakah sy perlu mengambil sebarang ubat utk menangani masalah anxiety … sy selalu ingin mencederakan diri sndiri sekiranya terlalu tertekan dgn org sekeliling … smasa sy mencederakan diri sy tidk merasa sakit kerana ingin melepaskan tekanan … lepas beberapa jam atau rehat , baru terasa sakit … adakah sy perlu mngambil sbrg ubat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang mencederakan diri sendiri dan tertekan dengan orang sekeliling. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah kelenjar tiroid
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Bipolar disorder
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Sekiranya anda memerlukan sokongan emosi ataupun moral, anda boleh meluahkan perasaan anda kepada rakan-rakan atau orang yang dipercayai. Pengambilan ubat hanya boleh diambil selepas mendapat preskripsi doktor.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.