
Sulit
4 tahun
Pengambilan Ubat dan Menderma Darah
Suami saya ada mengambil ubat Caduet 5mg/20mg dan Micardis 40mg dengan pengambilan sebiji setiap hari. Soalan saya, bolehkah beliau menderma darah? Jika tidak boleh, adakah cara untuk beliau melakukan derma darah tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit darah tinggi serta pengubatan darah tinggi bukanlah satu kontraindikasi untuk menderma darah. Seseorang pesakit darah tinggi dibolehkan menderma darah selagi tekanan darahnya terkontrol. Terdapat kritera-kriteria lain yang perlu ditemui sebelum boleh menderma darah seperti berikut:
Sihat tubuh badan.
i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
Berat badan 45kg ke atas.
Tidur minimum 5 jam.
Tiada masalah kesihatan.
Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
- a.Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
- b.Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- c.Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
- d.Bertukar-tukar pasangan seks.
- e.Mengambil dadah secara suntikan.
- f.Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
Jangan menderma jika anda :
- a.Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
- b.Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.