
Sulit
5 tahun
Pengambilan ubat postinor setelah melakukan hubungan intim
Hai saya berumur 20thn, saya ingin bertanya setelah melakukan hubungan intim,dan lelaki tersebut berkata bahawa dia tidak pancut dalam ketika bersetubuh, adakah pengambilan ubat postinor tidak perlu atau sebaliknya ? Dan beberapa harini saya hanya minum air cola utk mencegah brlakunya kehamilan berlaku wlaupun hanya pancut luar semasa bersetubuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pada setiap hubungan seksual tanpa perlindungan, harus diketahui bahawa air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Oleh itu, air mani pasangan anda boleh saja telah memasuki faraj anda walaupun dia belum ejakulasi atau “pancut”.
Setelah itu, sperma boleh hidup dalam tempoh 3-5 hari di dalam rahim anda dan kehamilan masih boleh berlaku jika anda subur atau berlaku ovulasi pada hari-hari berikutnya. Pil postinor hanya akan efektif jika diambil dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seksual.
Sekiranya anda telah melewati 72 jam, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bagi membincangkan metod lain ataupun sekiranya masih kurang 72 jam, silakan klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian tentang ubat postinor. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.