
Sulit
4 tahun
Pengambilan ubat regulon pada sebelah malam. Penukaran waktu pengambilan ubat dari sebelah malam kepada sebelah bangun tidur keesokan harinya
Saya seorang wanita berumur 19 tahun. Saya mengalami masalah senggugut yang teruk sejak 2018 yang lalu dan sudab dirujuk ke doktor pakar sakit puan. Pada bulan december 2020 yang lalu, saya mengambil ubat t.oralcon selama 21 hari dan berhenti selama 7 hari. Saya mengambil ubat tersebut sebelum masuk tidur pada waktu malam. Pada 13 january 2021, saya disarankan pula makan ubat regulon selama 3 bulan berturut turut. Bolehkah saya menukar waktu pengambilan ubat setelah bangun tidur? Sebelum ini saya mengambilnya dalam lingkungan 10-12 malam. Pada malam ini, saya sepatutnya makan sekitar jam 11 malam. Adakah boleh saya mengambilnya pada esok pagi memandangkan saya tidak tahan untuk berasa mual setiap kali bangun pada keesokkan harinya setelah makan ubat tersebut sebelum waktu tidur. Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,.
Kami faham situasi yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda ambil merupakan ubat perancang keluarga dan ia juga digunakan untuk mengawal masalah haid yang tidak teratur.
Berikut merupakan antara kesan sampingan pil perancang secara am:
- Loya
- Muntah
- Pening kepala
- Sakit perut
- Perubahan kitaran haid
- Perubahan mood
- Perubahan berat badan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang masalah senggugut anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Berkenaan pengambilannya pula, anda boleh mengambilnya pada waktu sebelum tidur atau pada awal pagi tetapi haruslah pada waktu yang sama setiap hari.
Jika anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.