
Sulit
2 tahun
Pengambilan ubatan yang salah
Sy berumur 26 tahun. Sy ad masalah gastrik. Sy ke klinik dan diberi ubat ranitidine 300mg lima biji. Dn sy tlh majan kelima2 biji ubat tersebut minggu lps. Harini sy terbaca ws mengatakan ubat tersebut mengandungi bahan kimia dn di arahkan hosp n klinik utk hentikan pengeluaran ubat tersebut. Takpe ke doc sbb sy dh makan lima biji. Sy tak penah makan ubat gastrik yg jenis tersebut. Sebelum ni makan jenama lain. Mcm mane ye doc? Sy risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada sebarang bahan kimia yang berbahaya daripada ubat tersebut yang boleh merosakkan organ anda jika digunakan secara betul iaitu dos yang ditetapkan. Untuk makluman anda, setiap ubat memiliki kesan sampingan termasuk vitamin jika diambil secara berlebihan. Tiada apa-apa yang perlu anda risau.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.