
Sulit
3 tahun
Pengambilan vaksin covid19 bagi pesakit yang mendapat covid semasa menunggu dos kedua
Sekiranya dijangkiti covid19 semasa menunggu dos kedua, apabila sudah negatif, adakah masih boleh meneruskan ambil dos kedua atau kena start balik dos pertama??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, bekas pesakit Covid-19 disarankan untuk mengambil vaksin Covid-19 selepas 90 hari atau 3 bulan dari tarikh sembuh jangkitan. Ini kerana sistem imuniti badan telah menghasilkan antibodi untuk melawan virus ini dan antibodi ini akan kekal dalam badan selama 3-6 bulan.
Oleh itu, anda boleh mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 ini selepas 3 bulan. Sila kemaskini maklumat anda di MySejahtera supaya tarikh temujanji yang baru dapat diberikan untuk anda.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini