
Sulit
3 tahun
Pengambilan vaksin lain
Hi Doctor,sy nak tanya kalau dah mengambil vaksin lain seperti vaksin hepatitis b,dos last akan complete pada bulan 9,adakah boleh sy mengambil vaksin covid 19 sebelum complete atau selepas complete dos vaksin sy pada bulan 9 nanti?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika anda boleh menerima vaksin COVID-19 sebelum atau selepas melengkapkan vaksin hepaitits B, adakah ini betul? Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini
Untuk pengetahuan anda, anda boleh menerima vaksin COVID-19 dan vaksin lain seperti vaksin hepatitis B tidak mengira waktu. Bermakna anda boleh menerima vaksin COVID-19 sebelum ataupun selepas melengkapkan vaksin hepatitis B.
Tanpa perlindungan daripada vaksin, anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini