
Sulit
3 tahun
Pengambilan vit c selepas cucuk vaksin covid
Dr .selepas suntikan covid kali ke 2 saya demam sejuk dan sakit di tempat cucuk.pertanyaan saya boleh kah saya ambil vit c seperti biasa dalam masa selepas suntikan ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda boleh mengambil vitamin C seperti biasa. Tetapi bagi gejala yang dialami oleh anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sekiranya ia disebabkan oleh suntikan tersebut, anda boleh mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan gejala yang dialami.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya keadaan semakin melarat, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini