
zullnooriey7zam
4 tahun
Pengambilan vitamin c waktu hamil
Adakah selamat wanita hamil mengambil produk vitamin c flavettes glow yg mana mngandungi vitamin c 1000mg,vitamin e 15iu, Glutathione 50mg?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, adalah lebih baik untuk mengelakkan pengambilan suplemen yang mengandungi Glutathione kerana tidak cukup data untuk mengesahkan keselamatannya pada ibu mengandung. Selain itu, pengambilan vitamin C 1000mg juga adalah sangat tinggi bagi ibu mengandung. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan ahli farmasi anda atau bercakap dengan kami pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian mengenai penggunaan suplemen yang bersesuaian ketika mengandung. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.