
Sulit
4 tahun
Pengambilan vitamin Flavettes Effervescent Glow selamatkah untuk ibu hamil
Salam Sejahtera Dr. Saya berusia 35 tahun, baru berkahwin bulan 3 yang lalu. Saya sebelumnya adalah ibu tunggal kepada 2 orang anak yang berumur 10 dan 7 tahun. Pada 29/5 sy keguguran 5w. Pada 28/10, saya check UPT positif hamil, esoknya saya ke klinik kesihatan untuk sahkan kandungan. Dr scan dan sahkan kandungan sy 5w2d. Beberapa hari ni saya ada ambil Flavettes Effevescent Glow yang mengandungi vit c 1000mg, vit e 15iu dan glutathione 50mg. Adakah pil ini sesuai untuk ibu hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Pertama sekali, tahniah atas kehamilan anda!
Untuk makluman anda, diet bagi wanita mengandung adalah lebih kurang sama seperti orang lain, merangkumi diet yang seimbang dan mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan sumber protein.
Selain itu, terdapat beberapa nutrien lain yang diperlukan oleh ibu hamil seperti:
- Folate/Asid Folik : Menghindarkan kecacatan janin, terutamanya yang melibatkan saluran, otak dan tulang belakang bayi. Wanita hamil memerlukan asid folik sebagai 1000mg sehari.
- Vitamin D diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi bayi. Wanita hamil memerlukan sebanyak 600IU sehari.
- Kalsium dapat menguatkan tulang, gigi dan otot ibu dan anak. Wanita hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg sehari juga.
Berdasarkan soalan anda, adalah lebih baik untuk mengelakkan pengambilan suplemen yang mengandungi Glutathione kerana tidak cukup data untuk mengesahkan keselamatannya pada ibu mengandung. Selain itu, pengambilan vitamin C 1000mg juga adalah sangat tinggi bagi ibu mengandung. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih