Sulit
2 tahun
Pengasingan Selepas ambil Booster
Selepas ambil booster dose, adakah perlu 14 hari untuk vaksinasi berada pada tahap maksima?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hingga saat ini, belum ada makluman dari KKM yang menyatakan bahawa vaksin booster dose memerlukan tempoh 14 hari untuk berada pada tahap maksima. Seperti mana yang kita tahu, vaksin dos yang kedua memerlukan waktu 14 hari untuk berada pada tahap maksima. Namun, untuk vaksin booster dose ini bertujuan untuk memastikan tahap imun kita sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan tidak memerlukan tempoh waktu 14 hari.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini