
Sulit
4 tahun
Pengesahan kehamilan keliru hamil atau tak
Saya wanita berumur 26 tahun, saya buntu sama ada pregnant atau tidak…last period saya pada 24/2/21 tpi pada bulan 2 period saya dtg 2 kali…awal 16/2/21 second time 24/2/21. Dan saya telah buat UPT di mana pada kali pertama positif tetapi samar2…tetapi bila ulang utk kali yg berikut semakin pudar warna line tu. Sekarang saya mengalami banyak perubahan pada diri saya sendiri. Lepas itu utk confirm kan saya pegi klinik pertama, dr kata saya pregnant . Nak confirmkan lgi , pegi lagi klinik kedua, dr kata pregnant juga. Bila scan dr kata nampak valvr. Tpi UPT negative. Dan pegi klinik ketiga,dr kata tak pregnant. Hanya cycsts saja belah kiri. Skrang keliru…boleh bantu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ujian kehamilan (UPT) mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Sekiranya ujian kehamilan ini pernah menunjukkan positif, maka berkemungkinan besar anda hamil. Ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun, disebabkan kekeliruan yang berlaku, pemeriksaan terperinci perlu dilakukan sebelum kami memberikan sebarang kesimpulan. Hal ini kerana sukar bagi kami menilai atau menentukan tanpa maklumat dan pemeriksaan yang menyeluruh. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda sekali lagi dan memberikan aduan ini bagi mendapatkan penjelasan yang diperlukan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat dan penerangan yang sewajarnya. Terima kasih