
Sulit
5 tahun
Pengesahan mengenai pil perancang dan eriod
Hai. Sy nak tanya. Kalau kita ambil pil perancang, tetapi jika hanya makan baru 20 biji pil, dan period keluar pada hari ke 21 adakah saya perlu menghabiskan pil yang berbaki 1 biji itu atau tidak perlu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda dinasihati untuk menghabiskan pil-pil yang terdapat dalam paket itu supaya anda mendapat kesan yang sepenuhnya untuk merancang keluarga anda. Ini adalah kerana kesemua pil ini diperlukan untuk mengawal hormon anda supaya tidak hamil.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.