Sulit
2 tahun
Pengesahan pesakit covid
Sya bt saliva test 28/11 dan didapti +ve .ank dg suami -ve. Boleh ke sya kauratin di rmh sepanjang tmpoh kauratin…kauratin sya di Kira selpas sya bt test or smasa sysmtom awl. Kauratin sya perlu berapa hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jika anda tidak mengalami sebarang gejala yang berat, anda boleh menjalani kuarantin di rumah. Anda perlu untuk mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain selama 10 hari, bermula selepas anda melakukan ujian saliva dan memperoleh keputusan yang positif tersebut. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengemas kini status kesihatan anda di dalam aplikasi mysejahtera.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini