
intan_zafina
5 tahun
Pengesahan procedure berkenaan kes pesakit ncovic terbaru dri kluster tabligh yg ditangkap di surau ERL
sya ingin pengesahan procedure berkenaan kes pesakit ncovic terbaru dri kluster tabligh yg ditangkap di surau ERL.
- Seseorang yg kontak rapat dgn pesakit - Ini sya faham mmg kene terus ke KKM utk saringan
- Seseorang yg kerap ke surau ERL tersebut - adakah perlu terus ke KKM utk saringan
- Seseorang yg ke tpt yg selalu dilawati oleh pesakit tersebut spt tandas awam, Lift etc
Say bertanya bagi pihak beberpa pemandu teksi yg berada di Hentian Teksi Putra Sentral tersebut.
Mohon jasa baik doctor dpt beri penjelasan ini. TK!

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Untuk makluman anda, hanya kontak rapat iaitu mereka yang bekerja, tinggal dan menjaga kesihatan pesakit trrsebut yang perlu disaring. Sesiapa yang tidak tergolong dalam kumpulan ini tidak perlu disaring. Namun, pantau gejala COVID-19 seperti:
- demam suhu 37.5 keatas
- batuk
- sakit kepala
- sakit badan
- sukar bernafas
- sakit tekak
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini