
nuramirrah89mori
4 tahun
Penggambilan supplement
Assalamualaikum… Saya nak tanya pendapat doktor,boleh tak saya ambil semua supplement ni dalam satu masa…Magnesium,vitamin c,luetin,biotin,lecithin,multivitamin,mineral,fish oil,calcium dan vitamin D3.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tiada halangan bagi seseorang itu untuk mengambil makanan tambahan atau suplemen yang mengandungi vitamin dan nutrisi yang lain melainkan jika mereka mempunyai penyakit-penyakit yang menghalang mereka daripada mengambilnya. Sekiranya anda ingin mengambil suplemen yang mengandungi kesemua ini, pastikan anda mendapatkannya di farmasi yang sah agar dos setiap nutrien tersebut tidak melebihi had seharian dan agar pengambilannya boleh diambil pada waktu yang bersesuaian. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang suplemen tambahan, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan @ untuk berhubung dengan farmasi kami.