Sulit
3 tahun
Pengguanaan econazine merawat jangkitan kulat
Baru baru ini saya mengalami jangkitan kulat di bahagian zakar… Saya menggunakan econazine untuk merawat gatal pada kemaluan saya… Tetapi sekarang saya mula merasa pedih pada kulit zakar saya dan semakin pedih bula terkena air dan kelihatan sedikit gelap… Adakah kesan dari sapuan ubat ini
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan ubat tersebut adalah:
- Kegatalan
- Mengantuk berlebihan
- Keletihan
- Sensasi membakar dan menyengat
- Pruritus
- Ruam
Saya nasihatkan anda untuk ke klinik untuk mendapatkan ubat yang sesuai dengan masalah anda. Penggunaan ubat yang salah boleh menyebabkan komplikasi yang lebih memudaratkan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.