
Sulit
4 tahun
Penggunaan pik Postinor
Saya wanita 20-an.3 hari lepas, saya Dan suami telah melakukan hubungan seks Dan Sy sudah makan pil postinor sebiji pada pukul 7 ptg and pukul 11 mlm kami melakukan hubungan seks lgi, Sy makan pil sebiji lagi pukul 7 pagi esoknya, adakah masih dapat mencegah hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pil yang anda nyatakan adalah sejenis pil perancang kecemasan. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan. Anda akan tahu ia telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih