Sulit
6 tahun
Penggunaan pil perancang untuk pertama kali
saya wanita dalam 20an ingin memulakan penggunaan pil perancang tapi tidak sure yang mana patut saya ambil.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai jenama pil perancang di pasaran, namun pil perancang kehamilan secara amnya terbahagi kepada pil jenis kombinasi atau progesteron sahaja.
Kesesuaian pil ini bergantung kepada individu kerana sesetengan wanita boleh mengalami kesan sampingan seperti migrain, penambahan berat badan, perubahan kitaran haid, haid berlebihan dan lain-lain. Oleh itu, anda boleh merujuk kepada farmasi kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































