
Sulit
4 tahun
Penggunaan pill Escapelle
Hello doctor, saya telah melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan dan saya telah makan 1 tablet escapelle 1 jam selepas saya melakukan hubungan seks. Saya ingin bertanya, adakah kesan pil tersebut akan hilang jika saya membuang air besar pada hari yang sama saya makan pil tersebut? Dan, adakah 1 tablet sudah memadai? Saya harap doctor dapat menjawab persoalan saya ini terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera,
Terdapat dua jenis pil perancang iaitu pil perancang sebelum hubungan kelamin dengan pil perancang selepas hubungan kelamin.
Pil perancang selepas hubungan kelamin seperti yang dinyatakan mengandungi hormon progestogen yang akan membantu mencegah kehamilan. Pil perancang ini hanya berkesan sehingga 72 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan. Justeru itu, pil perancang ini seharusnya diambil secepat mungkin selepas hubungan kelamin.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, aktiviti yang anda lakukan tidak akan mempengaruhi kesan ubat yang anda ambil.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.