
Sulit
5 tahun
Penggunaan Postinor yang betul
Saya nak tnya… Saya telah mengambil tablet pertama dlm tempoh 24 jam yg pertama selepas hubungan kelamin saya. Akan tetapi saya telah terlewat lebih dr 12 jam untuk tablet kedua, soalannya, bolehkah saya meneruskan saja pengambilan tablet kedua berkenaan walaupun telah lebih 12 jam daripada tablet pertama?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 mempunyai 85% kadar efektif untuk mencegah kehamilan. 95% kadar efektif cegah kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan seksual.
secara teori ubat pengambilan dos kedua pil postinor ini masih dapat memberikan perlindungan kerana masih dalam tempoh 72 jam selepas hubungan kelamin. Anda dan pasangan dinasihatkan untuk memakai kondom dalam tempoh 1 minggu sekiranya ingin bersama. Sekian