helangtanah
6 tahun
Penggunaan pregnancy test
Doktor boleh ke Kita semak kehamilan selepas 5 hari melakukan hubungan intim
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang keraguan yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk kes puan, kami memerlukan maklumat tambahan tentang bilakah kali terakhir puan datang bulan/ haid untuk mengetahui bilakah waktu kesuburan puan. Untuk menggunakan pregnancy test, sebaiknya puan menunggu dalam satu ke dua minggu selepas puan melakukan hubungan intim.
Secara umum, kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28 - 30 hari. Hari pertama puan datang haid dikira sebagai hari-1. Waktu subur puan adalah kira-kira pada hari ke 13-15
Kehamilan terjadi sekiranya puan melakukan hubungan kelamin pada waktu subur puan. Ketika ini, telur (ovum) ada dan bersedia untuk disenyawakan oleh sperma. Waktu ini juga dinding rahim menebal untuk proses implatasi berlaku. Jika tiada pensenyawaan dan tiada implantasi, maka darah dari dinding rahim akan disingkirkan (Haid).
Jika puan masih mempunyai keraguan, puan boleh bercakap dengan pihak kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih





























