
Sulit
4 tahun
Penggunaan supplement workout dari gym
Saya tiada masalah kesihatan , saya cume nak tnye kalau kite amik supplement dari gym , untuk workout , supplement tu ade effect ke dekat urine , maksudnye klau buat urine test sangkut tk ? Ape ape jenis supplement workout, tapi bukan steroid

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bergantung pada supplemen yang anda gunakan terdapat beberapa komponen dalam supplemen boleh dikesan dalam ujian kencing dan darah.
Jika anda ingin mengambil supplemen, saya sarankan anda untuk menghubungi doktor atau pakar nutrisi untuk mendapatkan produk yang selamat dan sesuai untuk anda gunakan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.