
Sulit
4 tahun
Penggunaan ubat parut
Saya mempunyai masalah ekzema. Sekarang saya mempunyai banyak kesan parut pada bahagian badan saya. Apakah ubat yg sesuai untuk saya amalkan bagi menghilangkan parut tersebut? Adakah terdapat ubat jenis makan? Atau hanya ada ubat jenis krim seperti dermatic?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, biasanya eczema dan parut eczema dirawat dengan lotion khas yang boleh didapatkan di hospital. Sekiranya eczema anda semakin teruk dan meninggalkan ruam merah, rawatan lebih agresif diperlukan. Namun begitu, saya tidak boleh mengesyorkan mana mana tanpa pemeriksaan fizikal di klinik terlebih dahulu.
Oleh itu, saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik berdekatan atau kembali rujuk kepada doktor yang merawat anda bagi mendapatkan rawatan susulan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!