
Sulit
3 tahun
Penggunaan ubat viagra
Selepas suntikkan vaksin covid-19 Pfizer adakah boleh pengambilan ubat Viagra atau capsule kesihatan lelaki.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika anda boleh mengambil pil Viagra atau kapsul kesihatan lelaki selepas pengambilan vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kajian pada waktu semasa tidak mempunyai bukti mengenai interaksi vaksin Covid-19 dengan ubat Viagra. Oleh itu, pil tersebut boleh digunakan. Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, sebaiknya anda merujuk kepada doktor anda sebelum mengambil sebarang pil untuk kesihatan lelaki untuk memastikan tiada kesan sampingan pengambilan ubat tersebut.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.