
murthi
6 tahun
Penghidap thalasemia dan sakit kepala
hi , saya mengalami sakit kepala sejak 26/3/18 . kadang-kadang badan panas . saya merupakan pesakit thalasemia . adakah ia normal untuk pesakit thalasemia ?

6 tahun
Hai, selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat banyak penyebab sakit kepala, seperti jangkitan kuman dan bakteria, radang, penggunaan ubat, ketumbuhan, trauma, pendarahan dan pelbagai lagi. Ia juga boleh terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala akut dan sakit kepala kronik.
Sakit kepala kronik ialah apabila sakit kepala terjadi lebih dari 15 kali dalam sebulan atau tidak sembuh selepas 3 bulan. Tiga sebab utama ialah migrain, tension headache dan cluster headache. Mereka tergolong dalam kategori penyakit sakit kepala tanpa sebab. Selain itu juga terdapat sakit kepala kronik yang bersebab seperti kerana radang saluran darah di kepala dan ketumbuhan.
Talasemia merupakan sejenis penyakit darah, di mana sel darah tidak terhasil dengan betul dan gagal berfungsi.
Demam dan sakit kepala bukanlah simptom utama talasemia. Untuk kes anda, ada keberangkalian besar demam dan sakit kepala anda bukanlah disebabkan oleh talasemia. Jika anda merasa khuatir tentang hal ini, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang menyeluruh.
Saya berharap telah menjawab soalan anda. Sekian terima kasih. Selamat berjaya.

6 tahun
Selamat pagi! Terima kasih atas persoalan anda.
Thalassemia adalah penyakit darah diwarisi daripada salah seorang ibubapa di mana tubuh membina hemoglobin yang tidak normal. Hemoglobin adalah molekul protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen dan penyakit ini menyebabkan kemusnahan berlebihan sel darah merah, yang membawa kepada anemia. Ini akan menyebabkan penghidap Thalassemia berasa keletihan yang berlebihan. Mereka juga akan mempunyai masalah kecacatan tulang terutamanya di bahagian muka, pertumbuhan dan pembangunan yang lambat dan air kencing yang berwarna gelap.
Terdapat tiga jenis thalassemia iaitu, beta thalassemia, alpha thalassemia dan minor thalassemia. Untuk menjawab soalan anda, thalassemia boleh menyebabkan sakit kepala. Ini kerana kekurangan darah boleh menyebabkan kekurangan oksigen dan ia adalah punca sakit kepala. Untuk menggelakkan anemia, anda haruslah mendapatkan rawatan yang betul agar anda boleh menjalani hidup anda tanpa kekangan.
Selain masalah ini, migrain juga bolah menyebabkan sakit kepala. Ia sering digambarkan sebagai sakit berdenyut- denyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom yang lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Adalah penting untuk mengelakkan pencetus yang boleh menyebabkan migrain. Selain migrain, terdapat juga sakit kepala kluster yang merupakan jenis sakit kepala yang paling teruk.
Anda dinasihatkan untuk berunding dengan doktor dan mengetahui mengenai keadaan anda supaya anda dapat merawat keadaan anda dengan berkesan.