
norfatinirasip
5 tahun
Pengunaan Asid Folik
Assalamualaikum Dr. Saya bakal berkahwin pada bulan 1 dan telah mengambil asid folik. Namun begitu , selepas sebulan saya mengambil asid folik. Period saya pada datang seminggu lebih awal dan selepas haid tamat. Saya mengalami cecair yang pekat seperti keputihan yang berwarna pink. Soalan saya. adakah ia normal dan saya terus makan asid folik atau saya perlu berhenti makan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, folic acid diberikan untuk wanita yang merancang untuk hamil bagi membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang janin yang dipanggil neural tube defects. Untuk mengurangkan risiko kecacatan janin, rekomendasi sebaiknya adalah untuk memulakan pengambilan folic acid sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil.
Merujuk kepada kitaran haid, harus diketahui bahawa kitaran haid yang normal berlangsung selama 24 sehingga 38 hari. Justeru, apabila tidak jelas lama kitaran haid anda, sukar untuk ditentukan darjah keparahan masalah ini.
Untuk info dan maklumat tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.