
Sulit
4 tahun
Pengunaan gambir serawak secara berlebihan & cara rawatan
Sy lelaki 30an…Ingin bertanyakan apabila melakukan hubugan kelamin saya selalu menggunakan gambir… Ttpi sekarang zakar saya sudah tiada rasa lg kebas macam pertama kali guna ubat itu… Adakah saraf saya sudah rosak? & adakah ubat boleh merawat zakar saya?

4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana berkongsi masalah anda dengan kami.
Pengambilan ubat seperti gel gambir Sarawak seperti soalan encik kadar keberkesanannya tidak dapat dikenal pasti dan berbeza untuk setiap individu. Malah, kemungkinan kesan sampingan produk ini juga belum diketahui dan boleh mendatangkan keburukan kepada penggunanya.
Encik dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mengenal pasti punca sebenar masalah yang encik hadapi iaitu kebas pada zakar pada pertama sekali menggunakannya dan sekarang tiada kebas lagi.
Jika masalah ini telah selesai, nikmatilah saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Maklumat yang encik berikan adalah terhad dan kami tidak boleh rumuskan apa apa perkara daripada maklumat yang encik berikan seperti sejarah kesihatan dan jenama gambir Sarawak yang encik gunakan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah