
Sulit
4 tahun
Penilaian kesihatan oleh doktor
Saya nak tanya apa maksudnya dipanggil untuk penilaian doktor berkaitan covid setelah kuarantin selama 10 hari tanpa menunjukkan simpton

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda dipanggil untuk dibuat penilaian kesihatan. Untuk pengetahuan anda, penilaian tersebut dilakukan untuk melihat semula keadaan anda sama ada anda menunjukkan sebarang gejala ataupun tidak. Bergantung kepada doktor yang menilai anda, anda mungkin diarahkan untuk membuat ujian swab kedua ataupun ujian tersebut akan diberikan pada tarikh yang lain.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai soalan anda daripada doktor kami. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini