
Sulit
3 tahun
Penile melanosis cara nak hilangkan
Hai doc ,saya nak tanye , macam cara nak pulihkan melanosis penile ?? Cara nak padam calor hitam pada ujung kemaluan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- Gangguan pigmentasi
- Faktor umur
- Faktor genetik
- Kesan trauma
- Kesan sampingan rawatan kulit
atau ia juga boleh menandakan kelainan kulit yang lebih khusus seperti - Penilie Melanosis
- Lichen Sclerosis
- Kanser Kulit
Umumnya terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilaksanakan namun memerlukan pemeriksaan dari doktor terlebih dahulu. Antara rawatan yang boleh dijadikan alternatif termasuk:
- terapi laser
- terapi kosmetik
- rawatan pembedahan
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan dengan lebih lanjut? Pakar kulit kami sedia membantu anda!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.