miasarah095
6 tahun
Pening berpusing-pusing
Saya seorang guru yg berumur 27 tahun…saya mengalami pening2 secara tiba2 sahaja…sebelum inu xada sejarah sy pening seperti ini…sebelum sy mengalami pening2 ni,sy ada mengambil minuman kopi 3 in 1 selama 4 hari berturut2…yang mana sblm ini sy x pernah minum secara berterusan.setelah 4 hari minum,hari ke 5 tiba2 sy rasakan kpala sy tba2 png & dan berpusing…perut sy juga seakan2 mahu muntah…keadaan ini berterusan 1 2 hari…kemudian bertambah baik tetapi setelah beberapa hari sy rasa png itu kembali setelH sy minum air minuman teh campur special yg mnggunakan serbuk…sy amalkan minum madu slps itu dan kepala sy kembali ok…cuma skrg,sy rasa kembali pening semula setelah semalam saya minum air teh hijau uncang tanpa gula & teh kosong tanpa gula…adakah sy mengalami tekanan drh yg tggi dktr?sbb sebelum ini tekanan drh sy agak membimbangkan…apakah punca pening kpla berpusing ini? Terima kasih dr 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kopi dan teh, keduanya mengandungi kafein. Melihat kepada pola jenis minuman dan timbulnya gejala yang berlakuk kepada anda, kemungkinanan besar apa yang berlaku adalah tubuh anda bereaksi terhadap kafein.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































