
Sulit
4 tahun
Pening dan sakit kepala,rasa mahu muntah,selesema,lemas badan,cepat penat,asal lapar tangan bergegar lepas makan ada baik sikit
Saya lelaki umur 36 ada darah tinggi ,tinggal di kota kinabalu sabah.dua hari ini saya mengalami masalah pening dan sakit kepala sampai mahu rasa muntah,selesema,lemas badan tiada tenaga dan cepat penat.Tangan saya bergegar bila rasa lapar.Dalam masa (PKP) ini saya singgah di rumah saja tiada pergi ke mana mana sejak 17/03/2020.Dan sepanjang masa ini saya juga sentiasa tidak cukup tidur,bangun tengah malam dan tidak dapat tidur balik sudah.Abang satu bilik sama saya ialah seorang perkerja supermarket setiap hari ada pergi kerja.Masa cuti tiada keluar singgah dirumah juga.Abang saya hanya rasa penat saja sebaik balik dari kerja dan yang lain semua ok.
Saya ingin bertanya masalah yang saya ada sekarang ini ada kena mengena dengan wabak covid 19 tak?Apa yang boleh saya buat masa ini,perlu buat checking di hospital tak?Inilah persoalan saya,ingin mendapat bantuan daripada semua doctor-doctor yang ada disini.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Manakala gejala mual, tangan bergegar bila lapar dan lemas badan bukan gejala yang lazim dilihat dalam jangkitan ini.
Namun begitu, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan serta menentukan keperluan anda untuk melakukan ujian saringan COVID-19. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahu punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini